hari-hari berlalu...
memamah usia...
namun ramai masih terleka....
tujuan musafir ini...
untuk mencari bekalan di dunia yang abadi...
waktu terus berlalu...
bagai nyalaan api yang memakan lilin...
namun masih ada yang terus membinasakan diri...
wahai musafir...
bangkitlah dari angan-anganmu...
bahawa kamu akan pasti menemuiNYA...
bahawa dunia ini hanya dugaan untuk mengujimu...
wahai musafir...
sedarlah dari tidur lenamu...
ingatlah detik-detik akhirmu pasti akan tiba...
bersegeralah menyesali angan-anganmu...
sebelum kau dijemput menemuiNYA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan